PETALING JAYA: Penggunaan data dalam berita merupakan langkah penting menuju dunia kewartawanan moden agar dapat memberikan berita yang lebih efisien dan tepat kepada pembaca di media sosial. Oleh itu, Institusi Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) bekerjasama menganjurkan Bengkel Kewartawanan 2.0 serta Kolokium Kewartawanan dengan bertemakan Kewartawanan Data. Pengarah IPPTAR, Roslan Ariffin berkata, pendedahan pengetahuan kepada analisis…










