KUALA LUMPUR: Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat berhubung kontrak kerja pembersihan di bangunan KLCC, lima tahun lalu. Hakim Azrul Darus memutuskan demikian terhadap Shamsubahrin, 58, tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya pada akhir kes pendakwaan. “Setelah meneliti keterangan 12 saksi dan mempertimbangkan…










