PETALING JAYA: Penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, sebagai orang yang disyaki (OYDS) adalah satu perkara yang tidak dijangkakan. Peguam yang mewakili kedua-dua pasangan suami isteri itu, Mahmud Abdul Jumaat berkata, pihaknya juga terkejut dan sudah pasti perkara ini turut mengejutkan rakyat Malaysia. “Saya pun agak terkejut dan saya percaya semua satu Malaysia terkejut tentang perkara ini. Oleh itu, saya memohon semua netizen mendoakan agar keluarga…