TANAH MERAH: Kenaikan kos ketika ini tidak menghalang niat murni seorang pemuda dari Kampung Batu 5 di sini apabila menawarkan satu bahagian lembu untuk ibadah korban pada harga RM400. Harga yang ditawarkan oleh pemuda itu disifatkan antara termurah memandangkan satu bahagian lembu korban ketika ini bermula RM650 dan ke atas. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Johari Mohammad, 25, berkata, langkah itu bertujuan meringankan beban penduduk kampung selain menggalakkan mereka melakukan…










