SUNGAI PETANI: Kira-kira 60 pemilik jentera jengkaut enggan meneruskan kerja mereka sebagai bantahan terhadap kenaikan harga diesel semalam. Pelarasan diesel pada harga RM3.35 sen seliter dianggap tidak wajar dan tergesa-gesa sekali gus membebankan mereka. M. Muganasundram, 44, berkata, dia terkejut dengan pengumuman kerajaan itu kerana didakwanya dibuat tanpa memikirkan kesan kepada mereka yang mempunyai kontrak kerja dengan kontraktor binaan. “Sebaik sahaja mendengar pengumuman itu, saya berhubung dengan pihak kontraktor untuk…










