Pembaca berita popular ada kekasih sama jantina? - Utusan Malaysia

Pembaca berita popular ada kekasih sama jantina?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terkejut juga Cik Bunga apabila ada rakan industri sampaikan berita ini beserta ‘resitnya’ dalam bentuk video.

Mana tidaknya, selama ini mati-mati Cik Bunga sangkakan dia ini lelaki lurus. Rupanya, pembaca berita itu suka sesama jantina dan sedang bercinta dengan seorang lelaki yang boleh tahan tampan juga orangnya.

Pembaca berita yang mana? Malaslah Cik Bunga hendak sebut nama. Bahaya.

Hendak dijadikan cerita, video yang diterima oleh Cik Bunga itu memaparkan si personaliti TV ini berada dalam sebuah bilik karaoke yang tidak diketahui di mana lokasinya.

Tak kisahlah itu kerana tiada adegan keterlaluan sangat pun dalam video itu sebab mereka memang sedang menyanyi.

Tetapi, yang peliknya, sambil-sambil menyanyi itu, bukan main erat saling mengenggam tangan. Bagai tidak mahu lepaslah orang kata. ‘Sweet’ gitu.

Mulanya Cik Bunga cubalah husnuzon atau bersangka baik. Pegang tangan tidak semestinya sedang bercinta. Alah, macam kita tengok warga Bangladesh keluar pergi jalan-jalan tengok

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) masa cuti umum itu. Mereka suka pegang tangan antara rakan-rakan bukan?

Tetapi fikiran Cik Bunga jadi keliru pula apabila rakan Cik Bunga beritahu, mustahil si pembaca berita ini saja-saja genggam tangan tanpa perasaan. Lagu yang mereka nyanyikan itu pun berjudul Keranamu Kekasih nyanyian asal Illa Sabry.

“Kau ingat lelaki sejati hendak nyanyi lagu Keranamu Kekasih ke sambil pegang tangan kawan dia sepanjang menyanyi lagu itu? “ Soal rakan Cik Bunga.

Betul juga. Paling tidak pun, orang lelaki ini kalau pergi karaoke, nyanyi lagu kumpulan Search ke, Wings ke. Paling tidak New Boyz. Kalau mahu ingat akhirat pula, bawa lagu Rabbani. Aduhai… sangsi juga Cik Bunga.

Khabarnya, si personaliti TV ini sudah tersalah muat naik video itu ke Instagram Story (IGs). Tidak sampai 20 minit kemudian, agaknya, dia baru sedar, video itu dipadam.

Tetapi itulah dik…ramai sudah mula bercakap. Benda sudah terlepas. Hendak tutup mulut orang bukan mudah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×