KUALA LUMPUR :Pemandu e-hailing berstatus orang kurang upaya (OKU) yang didakwa diserang pengiring rombongan kenamaan, selesai dirakam keterangan oleh polis hari ini. Ong Ing Keong, 46, bersama peguam daripada Lawyers for Liberty (LFL) Latheefa Koya dan N. Surendran keluar daripada pekarangan Bukit Aman kira-kira pukul 3.30 petang, selepas lima jam diambil keterangan oleh pegawai dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. Peguam, N. Surendran berkata, proses tersebut bagi…