‘Peluang Dr. Jo cerah, penduduk inginkan perubahan’

‘Peluang Dr. Jo cerah, penduduk inginkan perubahan’

FADHLINA Sidek (tengah) percaya Dr. Joohari Ariffin berpeluang cerah untuk memenangi PRK bagi kerusi DUN Sungai Bakap, 6 Julai ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Peluang calon Kerajaan Perpaduan, Dr. Joohari Ariffin untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dilihat agak cerah pada 6 Julai ini.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, hal ini demikian kerana beliau melihat ‘mood’ yang sangat baik dalam kala­ngan masyarakat di Sungai Ba­kap ketika ini yang inginkan perubahan.

Menurut Fadhlina, Joohari me­rupakan seorang pendidik yang berpengetahuan tinggi dan berpengalaman luas dari segi ke­pemimpinan.

“Beliau merupakan anak jati Sungai Bakap yang sudah tentunya memahami denyut nadi masyarakat setempat.

“Masyarakat ketika ini memerlukan seorang pemimpin berkualiti, yang dapat memim­pin Sungai Bakap ke arah yang lebih baik secara holistik termasuk dari aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial, agama, perpaduan dan pendidikan.

“Justeru, saya menyeru pe­ngundi setempat untuk memberi sokongan penuh kepada beliau (Joohari) bagi memastikan agenda pembangunan dapat ber­langsung dengan baik,” kata­nya kepada pemberita di sini semalam.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian pe­nyandangnya, Nor Zamri Latiff daripada Perikatan Nasional (PN) pada 24 Mei lepas akibat penya­kit keradangan dalam perut.

Nor Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal sebelum itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos lalu selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose de­ngan majoriti 1,563 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN