Pelakon Legenda Hollywood, Janis Paige meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pelakon Legenda Hollywood, Janis Paige meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon dan penyanyi bertaraf legenda, Janis Paige meninggal dunia pada usia 101 tahun.

Pemergian mendiang dimaklumkan oleh rakannya, Stuart Lampert pada Isnin waktu tempatan.

Kongsinya,  Paige menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di sini, akibat sakit tua.

Mendiang memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 1944 dan bertahan selama lebih enam dekad.

Sepanjang karier, Paige sempat membintangi lebih 26 buah filem, 23 teater dan lebih 79 drama televisyen.

Mendiang berkahwin dengan suami pertamanya, Frank Martinelli Jr. pada tahun 1947 namun berpisah lima tahun kemudian.

Pada tahun 1956, Paige berkahwin pula dengan penulis Arthur Stander bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan dua tahun.

Kemudian beliau berkahwin dengan suami ketiganya yang juga penerbit muzik, Ray Gilbert pada tahun 1962 namu bergelar balu pada tahun 1976.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN