KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia (JPM) merekodkan 31,742 banduan dibebaskan awal sejak tahun 2022 sehingga kini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia langkah diambil bagi menangani isu kesesakan dalam penjara yang sentiasa diberi perhatian serius oleh kerajaan. Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri melalui (JPM) komited untuk melaksanakan pelbagai usaha bagi menangani isu kesesakan dalam penjara khususnya melalui program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). “Mengikut rekod JPM, statistik…