SEOUL: Gara-gara dehidrasi, anggota kumpulan Aespa, Ningning terpaksa dikecualikan daripada persembahan pada konsert K-WAVE, semalam.
Menurut agensi pengurusan, SM Entertainment, pengeculian itu dibuat selepas penyanyi berusia 21 tahun itu dikejarkan ke hospital kerana mengalami dehidrasi kronik.
“Ningning segera dikejarkan ke hospital selepas dikesan lemah dan kepenatan ketika raptai. Doktor menasihatkan agar dia direhatkan untuk pulih.
“Justeru, pihak pengurusan terpaksa mengecualikan Ningning daripada membuat sebarang persembahan buat masa ini.
“Kami mohon maaf kerana membuat peminat bimbang dengan berita ini. Kesihatan dan keselamatan artis adalah keutamaan kami dan kami akan pastikan Ningning segera pulih,” kongsi syarikat tersebut dalam kenyataan.
Ningning atau Ning Yizhuo yang berasal dari China, menyertai kumpulan tersebut sejak tahun 2020.
Graduan Harbin Normal University itu sebelum ini pernah menyertai pertandingan Who’s The Best pada tahun 2016.










