LOS ANGELES: Bintang drama The Mindy Project, Mindy Kaling mendedahkan dia kini bergelar ibu anak tiga menerusi kelahiran cahaya mata bongsunya awal tahun ini. Pelakon berusia 45 tahun itu membuat pendedahan tersebut menerusi media sosialnya, baru-baru ini. “Saya lahirkan anak perempuan, Anne pada penghujung Februari lepas. “Dia adalah hadiah hari jadi yang paling istimewa untuk saya,” katanya menerusi Instagram. Pelakon berasal dari Cambridge, Massachusetts itu turut berkongsi gambar bayi tersebut…










