PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan sudah menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva. Perdana Menteri berkata, Malaysia akan melalui proses-proses untuk memungkinkan negara menyertai organisasi antara kerajaan itu. “BRICS, sejak dua bulan lalu, ia telah diangkat supaya Kementerian Luar buat kajian yang keputusan dasar kita untuk menyertai BRICS. Kita akan…










