SHAH ALAM: Sebanyak RM850,000 diagihkan menerusi Sumbangan Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada 109 penerima terdiri daripada agensi dan individu melibatkan peruntukan seperti bantuan penganjuran program, sosial, baik pulih dan pendidikan sehingga Jun tahun ini. Antara penerima peruntukan dan bantuan tersebut seperti As-Sofa Centre Of Excellence yang menerima RM30 ribu bagi sumbangan pembinaan dewan Maahad Tahfiz As-Sofa, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sijangkang Jaya menerima RM20 ribu bagi…










