Lemas tergelincir memancing di kunci air - Utusan Malaysia

Lemas tergelincir memancing di kunci air

Lemas
MAYAT mangsa yang ditemukan lemas di kunci air di Kampung Padang Jawa, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas tergelincir ketika memancing di kawasan sebuah kunci air di Kampung Padang Jawa di sini, petang tadi.

Menerusi kejadian pukul 7.15 petang itu, mayat mangsa tempatan berusia 26 tahun itu ditemukan bomba dekat dasar sungai dengan kedalaman kira-kira 2.5 meter dalam jarak 15 meter dari lokasi

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pukul 5.49 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki yang memancing di tepi kawasan kunci air itu tergelincir ketika mahu naik dan terjatuh ke dalam sungai.

“Usaha mencari dan menyelamat telah dijalankan pasukan Balai Bomba Seksyen 15 dan menemukan mayat mangsa.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN