BATU GAJAH: Lelaki yang ditahan kerana disyaki menikam isterinya sehingga mati dalam kejadian di sebuah hotel di Pekan Batu Gajah di sini semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman sehingga 27 Jun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin dalam prosiding di Mahkamah Majistret Batu Gajah hari ini. Permohonan reman itu dikemukakan pihak polis kepada mahkamah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap suspek berusia 36 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Terdahulu, suspek yang memakai baju Melayu dan seluar lokap berwarna jingga tiba di pekarangan mahkamah sekitar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya