IPOH: Lelaki yang disyaki membunuh isterinya menggunakan besi dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Simee semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman sehingga Rabu depan itu dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini. Permohonan reman ke atas lelaki berusia 56 tahun itu dibuat bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dijalankan terhadapnya. Terdahulu, lelaki yang berpakaian kemeja-T putih dan berseluar trek kelabu itu tiba di mahkamah pada pukul 11.10 pagi dengan diiringi anggota polis sebelum dibawa keluar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya