MUAR: Seorang lelaki hilang kawalan ketika memandu akibat diserang sawan hingga kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang tembok batu di hadapan Jabatan X-ray Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 10.20 malam. Katanya, siasatan awal mendapati lelaki tersebut bersama seorang rakannya dalam perjalanan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah…










