Langgar jengkaut: Seorang terbunuh, tiga cedera

Langgar jengkaut: Seorang terbunuh, tiga cedera

SEORANG terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebuah jengkaut di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Bukit Dumbar, Pulau Pinang awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebuah jengkaut di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Bukit Dumbar, Jelutong di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.16 pagi itu, mangsa yang berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi dengan kekuatan 18 anggota termasuk penyelia sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang melanggar sebuah ‘back hoe’ (jengkaut).

“Ketika kejadian, terdapat empat orang mangsa dalam kereta tersebut termasuk seorang wanita. Tiga daripada mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital dengan menggunakan EMRS (kenderaan milik Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan).

“Mangsa yang meninggal dunia pula didapati tersepit di ruang penumpang belakang,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, punca sebenar kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan ketika ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN