MEKAH: Seorang jemaah haji yang meninggal dunia, Allahyarham Mohd. Zahir Ismail, 58, sempat melaungkan `Allahu Akbar’ sebelum rebah bersama isteri sebaik sahaja selesai melengkapkan tujuh pusingan tawaf. Menurut isteri, Pauziah Othman, 58, dia ketika itu terkejut dengan situasi berkenaan segera melindungi suaminya yang dalam keadaan separuh sedar sebelum dibantu jemaah Malaysia serta individu lain. Katanya, selepas beberapa minit, arwah kemudian dibawa ke salah sebuah hospital di Arab Saudi untuk mendapatkan…