Lagi cubaan seludup ketum ke Thailand digagalkan tentera - Utusan Malaysia

Lagi cubaan seludup ketum ke Thailand digagalkan tentera

KENDERAAN pacuan empat roda yang membawa daun ketum ditinggalkan oleh penyeludup di kawasan hutan berhampiran  sempadan Malaysia-Thailand di Kuala Nerang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali lagi berjaya mematahkan cubaan penyeludupan daun ketum yang dipercayai untuk pasaran Thailand, pagi semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan, dalam tangkapan terbaru itu, sebanyak 70 bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan sebanyak 700 kilogram (kg) ditemukan.

Kesemua daun tersebut dianggarkan bernilai RM56,000 berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan beroperasi Tentera Darat menemui bungkusan daun ketum yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

“Kesemua bungkusan dan kenderaan tersebut dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM81,000 telah diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Selasa lalu, pasukan operasi Tentera Darat merampas 720kg daun ketum di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand di Kuala Nerang.

Kegiatan itu disedari pasukan berkenaan yang turut menemukan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×