PADANG TERAP: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali lagi berjaya mematahkan cubaan penyeludupan daun ketum yang dipercayai untuk pasaran Thailand, pagi semalam. Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan, dalam tangkapan terbaru itu, sebanyak 70 bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan sebanyak 700 kilogram (kg) ditemukan. Kesemua daun tersebut dianggarkan bernilai RM56,000 berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand. “Pasukan beroperasi Tentera Darat menemui bungkusan daun ketum yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya