KUALA LUMPUR: Seorang bekas penolong pengurus syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung penganjuran Konsert Double Trouble 2. Noorfadhilah Mohd. Idris, 37, yang hamil lapan bulan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Mengikut pertuduhan pertama, Noorfadhilah didakwa secara rasuah meminta suapan wang tunai RM30,000 daripada Abd. Zamin Abd. Kadir sebagai upah membantu mendapatkan kelulusan Geran Dana Kandungan Digital bagi sebuah syarikat penganjuran Konsert Double Trouble 2. Sementara pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan RM13,900…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya