Komen jelik dalam ‘live’ FB, TikTok boleh dikenakan tindakan

Komen jelik dalam ‘live’ FB, TikTok boleh dikenakan tindakan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengi­ngatkan semua pihak yang se­ngaja memuat naik komen jelik membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum menerusi platform sosial secara penstriman langsung (live) bahawa mereka boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Beliau berkata, peringatan sama diberikan terhadap pengguna media sosial meliputi calon dan penyokong Pakatan Harapan (PH) serta Perikatan Nasional (PN) yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Katanya, penyokong kedua-dua calon terbabit diminta agar sentiasa beradab dan berkelakuan baik terutamanya ketika berkomunikasi dalam media sosial.

“Kerisauan kita adalah orang yang menggunakan akaun palsu untuk cuba mengeruhkan keadaan dan mengeluarkan kenyataan yang tidak baik.

“Ramai beranggapan kalau tinggalkan komen jelik dalam FB ‘live’ dan Tik Tok ‘live’ ini tidak akan ada kesan kepada mereka, tetapi sebenarnya tidak ya dan kita hendak maklumkan pemantauan ini sentiasa berjalan.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang menggunakan platform media sosial termasuk sesi ‘live’ dengan menyentuh isu 3R dan melanggar undang-undang, maka MCMC akan ambil tindakan,” katanya selepas selesai proses penamaan calon PRK DUN Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Sungai Jawi.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Komunikasi telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membendung berita palsu di media sosial sempena PRK DUN Sungai Bakap.

Fahmi berkata, pemantauan platform berkenaan se­memang­nya dilaksanakan untuk menangani kenyataan tidak bertanggungjawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN