Khai Bahar nafi suka berparti, karaoke sekadar berhibur - Utusan Malaysia

Khai Bahar nafi suka berparti, karaoke sekadar berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Khai Bahar menafikan dakwaan gemar berparti dan berhibur selepas berkawan rapat dengan seorang usahawan yang juga pempengaruh popular.

Jelas Khai, dakwaan tersebut sudah lama bertebaran dan ada pihak yang sengaja yang memutar belit khabar angin tersebut.

“Saya tak kata saya seorang yang baik. Memang saya ada jumpa kawan-kawan untuk sambut hari jadi dan makan-makan.

“Tetapi, sejak Allahyarham emak jatuh sakit iaitu awal 2022, saya sudah kurang jumpa kawan-kawan atau lepak dengan mereka.

“Lepak pun, mungkin kami pergi karaoke. Mungkin itu buat orang salah anggap dan menyangka saya berparti disebabkan suasana pusat karaoke itu sendiri yang agak suram apabila lampu ditutup,” katanya.

Khai atau nama penuhnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran single baharu, Bawa Hatiku Bersama Kamu semalamn.

Penyanyi Bayang itu berkata, karaoke dianggap sebagai satu aktiviti berhibur bersama teman-teman dan dia tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar sensitiviti.

“Saya rasa berkaraoke itu sekadar nak hiburkan diri sendiri. Bukan buat apa-apa pun. Tapi lepas emak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan lepak.

“Saya hanya fokus kepada keadaan kesihatan emak. Saya tak pergi sana sini sebab melalaikan hingga boleh menyebabkan saya lupa yang emak saya sedang sakit ketika itu,” katanya.

Dalam pada itu, Khai juga enggan melayan provokasi dan dakwaan tidak benar tersebut kerana perkara itu boleh membawa lebih mudarat.

“Bagi saya, Ikut suka merekalah. Mungkin orang yang buat fitnah itu suka dan puas hati. Apabila penat nanti, tahulah mereka berhenti.

“Kalau kita lawan pun, tiada faedah pun. Siasatlah sampai dapat, saya tak buat apa-apa pun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN