Kesukaran 5,000 penduduk seberang sungai bakal berakhir

Kesukaran 5,000 penduduk seberang sungai bakal berakhir

EWON Benedick melawat tapak pembinaan Jambatan Moyog di Stesen Perikanan Babagon, Penampang, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Kesukaran dihadapi kira-kira 5,000 penduduk untuk menyeberang sungai setiap kali musim hujan bakal berakhir dengan pembinaan Jambatan Sungai Moyog.

Pembinaan jambatan bernilai RM16.8 juta yang bakal disiapkan dalam tempoh dua tahun itu akan membolehkan kehidupan penduduk di Mukim Babagon tidak lagi terjejas apabila paras air Sungai Moyog naik ketika musim hujan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, projek pembinaan jambatan sepanjang 90 meter itu akan dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Jambatan ini merupakan satu kemudahan yang sudah lama diimpi-impikan oleh ribuan penduduk Mukim Babagon sejak sekian lama untuk mereka memasarkan hasil pertanian.

“Sebelum ini hanya satu laluan keluar-masuk penduduk kampung iaitu jambatan aras rendah di Babagon, tetapi ia sukar dilalui apabila hujan lebat atau banjir kerana air sungai deras.

“Ini merupakan satu sumbangan kerajaan kepada rakyat dan saya berharap kemudahan ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada penduduk kampung terutama berkaitan pencarian pendapatan ekonomi masyarakat, pendidikan dan juga pekerjaan,” katanya dalam majlis pecah tanah Jambatan Sungai Moyog di Stesen Perikanan Babagon di sini, hari ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN