Kes demam denggi menurun,  tiada kematian

Kes demam denggi menurun,  tiada kematian

DR. MUHAMMAD RADZI ABU HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 2,508  berbanding 2,522 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 2 hingga 8 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME23.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME23 adalah sebanyak 67,137 kes berbanding 51,331 kes bagi tempoh sama 2023.

“Terdapat 48 kematian akibat komplikasi demam denggi  dilaporkan berbanding 37 kematian bagi tempoh sama pada 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME23 adalah sebanyak 71 kawasan berbanding 74 kawasan pada minggu sebelumnya.

“Daripada  71 lokaliti yang dilaporkan, 53 lokaliti di Selangor, tujuh lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,  empat lokaliti di Kedah, tiga lokaliti di Perak, dua di lokaliti Pulau Pinang serta satu lokaliti di Negeri Sembilan dan Sarawak,” katanya.

Bagi survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata, terdapat tiga kes direkodkan pada ME23 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini 34 kes.

“Tiada wabak chikungunya dilaporkan pada ME23,” katanya.

Survelan zika pula, beliau berkata, sebanyak 1,149 sampel darah, enam sampel urin dan dua sampel cairan tulang belakang dijalankan bai saringan zika tetapi semuanya negatif.

“Semua pihak perlu memainkan peranan dan bekerjasama dalam memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran masing-masing.

“Komuniti disarankan melakukan aktiviti gotong-royong bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes secara berkala,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN