PETALING JAYA: Dua remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditahan berkaitan kes membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan khianat. Kedua-dua tertuduh yang merupakan pesalah juvana membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd. Saad dalam prosiding secara tertutup. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan khianat dengan merosakkan kereta jenis Proton Saga, milik seorang lelaki berusia 18 tahun dengan kerugian RM500. Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan hadapan Balai Polis Serdang,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya