KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Arahan Pengawal Bekalan bagi Larangan Penjualan Petrol RON95 dan Diesel kepada Kenderaan Asing di Stesen Minyak di Sempadan antara satu dari sembilan langkah diambil kerajaan untuk membendung ketirisan bahan api. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, arahan berkenaan sentiasa ditambah baik berdasarkan situasi semasa. Kata beliau, antara faktor mendorong aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi adalah permintaan yang tinggi di sektor industri…