PETALING JAYA: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 28 Jun ini. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, keputusan permohonan tersebut boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari pada 28 Jun hingga pukul 5 petang, 7 Julai melalui platform dalam talian dan aplikasi telefon pintar, Mobile UPUPocket. “Pengesahan setuju terima tawaran…










