Kenapa perlu saya sebarkan gambar peribadi orang lain untuk balas dendam? - Kenya Moore - Utusan Malaysia

Kenapa perlu saya sebarkan gambar peribadi orang lain untuk balas dendam? – Kenya Moore

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang program realiti, Kenya Moore dikecualikan daripada penggambaran musim terbaharu rancangan The Real Housewives of Atlanta (RHOA).

Entertainment Tonight (ET) yang memetik sumber dalaman melaporkan, tindakan itu dibuat susulan konflik membabitkan Moore dengan bintang baharu program itu, Brittany Eady.

“Moore dikecualikan ekoran tindakannya mendedahkan imej tidak senonoh Brittany menerusi sebuah poster yang dipertontonkan kepada umum pada pelancaran sebuah spa rambut baru-baru ini.

“Saluran televisyen Bravo sedang menyiasat perkara itu,” katanya.

ET pada masa yang sama mengesahkan Brittany dan peserta lain program berkenaan masih meneruskan penggambaran.

Namun pihaknya tidak dapat memastikan sama ada Moore akan kembali ke RHOA musim ke-16.

Moore hangat diperkatakan selepas memalukan Brittany dengan mendedahkan imej bintang realiti itu sedang melakukan seks oral menerusi sebuah poster yang dipertontonkan di pelancaran spa berkenaan.

Tindakan Moore itu dikatakan susulan dakwaan kononnya Brittany mengancam keselamatan wanita tersebut ketika penggambaran program terbabit.

Dalam pada itu sumber lain mengesahkan kepada majalah People bahawa Brittany tidak pernah bertindak seperti yang didakwa.

“Brittany tidak pernah menakut-nakutkan Moore dengan ancaman untuk menembaknya. Malah, tiada senjata ditemukan sewaktu penggambaran,” kongsinya.

Sementara itu, Moore pada semalam mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi terbabit.

“Kenapa perlu saya sebarkan gambar peribadi orang lain untuk balas dendam? Tuduhan itu tidak benar.

“Saya tidak akan ke mana-mana, akan terus bersama program ini,” tulisnya di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×