Kemalangan: KPM sedia beri sokongan psikosisosial kepada warga SK Jeram

Kemalangan: KPM sedia beri sokongan psikosisosial kepada warga SK Jeram

FADHLINA Sidek (tengah) ketika sidang akhbar selepas merasmikan Hari Keluarga Kelab Media Mutiara Pulau Pinang di Bertam Souk Water Park, Kepala Batas, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia memberikan sokongan psikososial kepada warga Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka susulan insiden kemalangan maut yang melibatkan warga sekolah tersebut di Jalan Kuantan-Segamat, Pahang, awal pagi tadi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, untuk itu, KPM akan mengerah satu pasukan khas kaunselor yang untuk turun ke sekolah itu, esok.

Kata Fadhlina, beliau mewakili KPM turut menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacitanya kepada keluarga guru yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Di peringkat KPM ketika ini, kita sedang mengambil semua langkah yang perlu untuk mendapatkan laporan penuh serta punca kejadian.

“Ini termasuk kebajikan guru-guru (terbabit) yang sebahagiannya berada di hospital (ketika ini) untuk rawatan dan keluarga mereka,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Fadhlina hadir merasmikan Hari Keluarga Kelab Media Mutiara Pulau Pinang di Bertam Souk Water Park di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, tiga termasuk seorang guru maut manakala 37 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah treler kira-kira pukul 1.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof, ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×