PETALING JAYA: Empat perompak bersenjatakan dua pistol dan selaras senapang melarikan barang kemas dari sebuah kedai di pusat beli belah di Kajang dekat sini, siang tadi. Kejadian dilaporkan berlaku pada 3.17 petang, apabila Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima laporan kejadian pada kira-kira 3.30 petang. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata, siasatan mendapati rompakan didalangi empat lelaki yang dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan,…