Jenazah pendaki Gunung Denali tiba di rumah neneknya

Jenazah pendaki Gunung Denali tiba di rumah neneknya

Meah Md Saat (dua dari kanan)melihat jenazah Zulkifly sebelum dibawa untuk dikebumikan selepas sholat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temerlok.- Wat Kamal Abas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG:: Jenazah pendaki, Zulkifly Yusof selamat tiba di rumah neneknya di Kampung Temerlok Trong pada  pukul 11.45 pagi tadi.

Jenazah disambut oleh penduduk tempatan termasuk ahli keluarga terdekat dan majlis doa tahlil turut diadakan di rumah nenek  pendaki berusia 37 tahun.

Jenazah Allahyarham Zulkifly akan dibawa ke Masjid Al Mahmudiah Temerlok dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temerlok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu media melaporkan, jurutera Petronas itu meninggal dunia setelah terkandas pada ketinggian kira -kira 6,000 meter di Gunung Denali Alaska Amerika Utara pada pukul  6 pagi (waktu tempatan), 29 Mei lalu.

Jenazah  dibawa pulang menaiki penerbangan pesawat kargo Korean Airlines (KE373) ke Lapangan Terbang Bayan Lepas pagi ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini