PUTRAJAYA: Satu Jawatankuasa Protem ditubuhkan bagi menerajui penubuhan Mahkamah Timbang Tara, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) (AIAC). Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, Jawatankuasa Protem itu akan membuat penelitian mekanisme, protokol dan rangka kerja pengoperasian Mahkamah Timbang Tara AIAC ini secara efektif kelak. Katanya, ia turut berperanan untuk menerapkan elemen ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam pentadbiran Mahkamah Timbang Tara AIAC sebagai badan pembuat keputusan kes-kes…