KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan sebarang program taklimat dan penerangan kewarganegaraan yang dianjurkan pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau berkata, isu kewarganegaraan bukanlah baharu sebaliknya ia turut berlaku sewaktu beliau menjadi wakil rakyat. “Saya pernah menjadi wakil rakyat beberapa penggal dan banyak pusat khidmat DUN tidak kiralah kerajaan atau pembangkang menerima permintaan daripada rakyat berkaitan permohonan kewarganegaraan. “Antaranya,…