KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya terdapat 16 kes jangkitan Leptospirosis atau kencing tikus yang dikaitkan dengan aktiviti mandi-manda di kawasan rekreasi Air Terjun Menderu, Kemaman. Pengarah JKNT, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, berdasarkan siasatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman, hanya dua kes sahaja yang disyaki Leptospirosis. Menurutnya, dua kes itu dilaporkan mempunyai sejarah mengunjungi kawasan rekreasi Air Terjun Menderu, Kemaman…










