ALOR GAJAH: “Saya ingatkan isteri hanya bergurau tetapi tidak menyangka permintaan pelukan itu adalah yang terakhir”. Demikian luahan Zul Sham Mahat, 56, iaitu suami kepada Allahyarhamah Dahlia Ahmad, 52, mangsa keempat yang meninggal dunia selepas terlibat kemalangan berhampiran simpang tiga Bahau, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang semalam. Katanya, permintaan itu diluahkan isterinya sebelum bertolak ke Terengganu bagi mengikuti program penanda aras. “Sebelum pergi dia sempat bersalaman dan mencium tangan saya. Ini adalah…










