PETALING JAYA: Kenderaan yang membawa ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dilihat keluar dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini. Kenderaan van berwarna putih itu keluar kira-kira pukul 12.20 tengah hari selepas berada di lokasi kira-kira dua jam. Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak berkenaan tiba pada pukul 10.15 pagi menuju ke kediamannya di Blok R. Wanita berkenaan dilihat di bawa turun dari kediamannya menuju ke kawasan semak pada pukul…