LOS ANGELES: Pelawak terkenal, Matt Riffe, 28, terpaksa membatalkan lapan persembahan di Chicago, Amerika Syarikat yang sepatutnya dijadualkan bermula semalam.
Pembatalan itu berikutan masalah kesihatan bintang TikTok tersebut yang kebelakangan ini merosot.
Menurut portal Deadline.com, Riffe dilaporkan mengalami kepenatan melampau sebelum direhatkan beberapa minggu daripada membuat persembahan.
“Riffe mengalami masalah keletihan kronik yang membuatkannya hampir pengsan ketika dia dalam perjalanan membuat persembahan di Indiana, baru-baru ini.
“Dia kini diletakkan dalam pemantauan doktor dan direhatkan selama dua minggu daripada membuat persembahan,” lapor portal itu yang memetik kenyataan pengurusan pelawak berkenaan.
Populariti Riffe melonjak selepas persembahan komedirinya tular di TikTok.
Pelawak yang dilahirkan di Columbus Ohio itu sebelum ini pernah mengecarakan rancangan televisyen terkenal seperti Total Requaest Live, selain membuat kemunculan menerusi rancangan The Challenge: Champs vs Stars.











