Golongan miskin tegar di Johor terus menurun, hanya tinggal 359 KIR

Golongan miskin tegar di Johor terus menurun, hanya tinggal 359 KIR

ONN Hafiz Ghazi (duduk tengah) mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Sifar Miskin Tegar Johor di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah penduduk negeri ini yang tergolong dalam kategori miskin tegar telah berkurangan daripada 4,378 Ketua Isi Rumah (KIR) kepada seramai 359 KIR.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jumlah itu melibatkan penurunan sebanyak 92 yang direkodkan sejak Mac tahun lalu sehingga April tahun ini.

“Pelbagai initiatif telah dilaksanakan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan hasrat sifar miskin tegar Johor menjadi satu realiti.

“Antaranya termasuklah program Keluarga Angkat dan Dapur Kasih Johor yang boleh menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah, bantuan baik pulih rumah, bantuan peralatan, latihan dan pendidikan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Sifar Miskin Tegar Johor, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat), Shubanah Yusuf dan Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Datin Norasikin Noordin.

Tambah Onn Hafiz, antara agensi yang terlibat menjayakan perkara itu termasuklah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Tahniah dan syabas saya ucapkan atas segala usaha dan gerak kerja yang dilakukan semua pihak terlibat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pejabat Daerah, Ahli Majlis, Ketua Kampung dan Penghulu.

“Insya-Allah kami akan terus berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan. Semoga dipermudahkan segala urusan demi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat negeri ini,” ujarnya.

Pada 9 Mei lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mahu ADUN galas tanggungjawab dengan memainkan peranan proaktif bagi membasmi golongan miskin tegar di seluruh Johor menjelang tahun 2026. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN