SHAH ALAM: Pengiktirafan terhadap program laluan selari (parallel pathway) dalam bidang kardiotorasik akan diperincikan bagi memastikan pelaksanaanya akan menyelesaikan isu kepakaran perubatan. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, perwujudan garis panduannya adalah penting untuk mengiktiraf kursus-kursus pendidikan tinggi khususnya dalam bidang perubatan termasuk kardiotorasik. “Tetapi itu penting kerana memang kita maklum perlukan pakar-pakar di negara ini, jadi dengan adanya pindaan itu kita harap isu parallel pathway akan dapat…