Fify Azmi hati-hati cari pasangan - Utusan Malaysia

Fify Azmi hati-hati cari pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Fify Azmi berhati-hati dalam mencari pasangan dan akan menyemak latar belakang mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya.

Jelasnya, tindakan itu perlu bagi melindungi dirinya daripada lelaki-lelaki yang berniat buruk dan mahu mengambil kesempatan.

“Selepas ini saya akan periksa latar belakang lelaki yang mahu berkenalan dengan saya. Sebelum ini saya bukanlah orang macam itu kerana bekas kekasih saya semuanya tak timbulkan masalah.

“Jadi lepas ini saya akan periksa latar belakang lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui di malam gala filem Padu The Movie baru-baru ini.

Meskipun sebelum ini beberapa kali gagal, Fify tidak pernah serik bercinta. Bagaimanapun dia buat masa ini tidak mempunyai masa untuk mencari pasangan disebabkan sibuk dengan kerjaya lakonannya.

“Saya tidak pernah tutup pintu hati, cuma saya tiada masa untuk fikirkan soal cinta. Ada jodoh, adalah. saya tak ada masa dan tak fikir mengenainya,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 34 tahun itu menegaskan hubungannya dengan pelakon, Syazwan Zulkifly tidak lebih sekadar rakan biasa.

“Kami pernah rapat tapi tidak lebih daripada itu. Kami juga tak bergaduh cuma saya tak boleh dengan orang yang sudah berpunya.

“Itu salah! Itu sebab saya tidak dengan dia tapi kami masih berkawan dan lepak bersama,” kongsinya lagi.

Filem Padu The Movie yang diangkat daripada pengalaman sebenar empat wirawati skuad bola keranjang negara turut dibintangi Jojo Goh, Thanuja Ananthan dan Mei Fan.

Filem tersebut bakal menjengah pawagam seluruh negara bermula 6 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN