Cabul di pasar raya, pemandu e-hailing tular didakwa

Cabul di pasar raya, pemandu e-hailing tular didakwa

AHMAD SUKARNO MOHD. ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Seorang lelaki yang tular mencabul seorang wanita di sebuah pasar raya, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Irwan Iesa, 38, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Irwan didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 38 tahun dengan maksud mencabul kehormatannya di  sebuah premis di Selayang pada pukul 2 petang, 4 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaa dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Gan Sing See.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 10 Ogos ini bagi sebutan semula kes.

Media pada 8 Jun lalu melaporkan, polis sedang menyiasat laporan kes cabul melibatkan seorang wanita di sebuah pasar raya sekitar Selayang pada 4 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, kes melibatkan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.

Sebelum itu, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian tersebut dalam laman Facebook. Difahamkan, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami trauma. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN