PARIT: Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menyaksikan kejadian ibu dibunuh bapa semalam, kini menjalani pemeriksaan dan rawatan di sebuah hospital di Ipoh. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Salbiah Mohamed berkata, pemeriksaan kesihatan itu dilakukan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur penderaan ke atas kanak-kanak itu. “Kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kerana kita bimbang jika dia ada mengalami kecederaan…