BATU GAJAH: Tempoh tahanan reman suspek kes tikam isteri hingga mati di sebuah hotel di Pekan Batu Gajah di sini minggu lalu, disambung enam hari lagi. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, permohonan reman itu dibuat selepas tempoh reman selama tujuh hari ke atas suspek berusia 37 tahun itu berakhir hari ini. Katanya, lanjutan tempoh reman itu bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan mengikut Seksyen…








