KUALA LANGAT: Pokok yang tumbang tidak seharusnya dianggap sebagai bencana semata-mata, sebaliknya kayu-kayu daripadanya boleh diguna untuk pelbagai kegunaan tanpa perlu merosakkan tumbuhan masih hidup. Itulah dilakukan oleh seorang penduduk Kampung Kebun Bharu, di sini, Jumali Sapar, 64, yang menjadikan pokok tumbang di sekitar kawasan kampungnya sebagai alas pemotong dan dijual kepada pengguna. Menurutnya, kekerapan kejadian pokok tumbang akhir-akhir ini membolehkan dia menambah pendapatan dengan meningkatkan jualan untuk memenuhi permintaan…