Blues Geng gabung muzik tradisional, blues sempena konsert lima dekad - Utusan Malaysia

Blues Geng gabung muzik tradisional, blues sempena konsert lima dekad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KUMPUR: Kumpulan legenda tahun 70-an, Blues Gang, bakal menggabungkan irama tradisional dan muzik blues menerusi sebuah konsert yang akan diadakan pada 9 Ogos ini.

Konsert berskala besar, Blues Geng Apa Nak Dikata itu bakal dianjuarkan di Zepp Kuala Lumpur bersempena ulang tahun ke-50 kumpulan tersebut.

Penganjur dan juga Pengarah Urusan AV Group, Zool Azri Abu Bakar, memaklumkan beberapa pemuzik tradisional dan penyanyi dikir barat akan diundang untuk sesi khas berkenaan.

“Selain puluhan lagu hits Blues Gang seawal 70-an, segmen khas Melayu pula akan menyaksikan bagaimana alunan muzik blues dan rock disatukan.

“Kami akan tampilkan Dikir Barat, serunai Melayu, gendang serta beberapa muzik tradisi yang menjadi teras muzik Melayu Malaysia sejak zaman berzaman,” katanya yang ditemui pada sidang media konsert berkenaan, baru-baru ini.

Walaupun tarikh konsert tersebut jatuh pada hari yang sama dengan konsert seorang penyanyi ternama, Zool yakin Blues Geng mampu menarik peminatnya tersendiri.

“Genre blues ini berbeza. Jadi, saya percaya, tarikh tak menjadi masalah sebab Blues Gang ada peminat sendiri.

“Kita dapat lihat kebanyakan peminat mereka adalah dalam kalangan 50 tahun ke atas. Jadi, lebih santai sekiranya mereka layan konsert ini sambil duduk,” katanya lagi.

Sementara itu, vokalis Blues Gang, Ito Mohd. memaklumkan akan mendedikasikan konsert ini buat tiga ahli asal kumpulan itu yang sudah meninggal dunia.

“Konsert ini adalah untuk mereka. Namun, tempat mereka akan digantikan oleh pemuzik-pemuzik lain iaitu Munir Mega (pemain dram), Shah Shariff (bassis) dan anak bongsu saya, Kid Afero (gitaris),” ujarnya.

Tiket konsert tersebut mula dijual dengan harga RM198 hingga RM5,099 (ruangan eksklusif untuk 10 orang).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×