Bentong berpotensi jadi bandar raya

Bentong berpotensi jadi bandar raya

FAKHRUDDIN Mohd. Ariff (tengah) melihat pelan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Genting Highlands selepas melancarkannya di Bentong, Pahang. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Daerah ini berpotensi dinaik taraf sebagai bandar raya kedua selepas Kuantan kerana bukan sahaja berhampiran Lembah Klang malah mempunyai kriteria sebagai bandar pelancongan bertaraf dunia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, Bentong mempunyai indikator untuk diangkat taraf bandar raya dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Kata beliau, antara kriteria­nya adalah mempunyai pendapatan daripada sumber kewa­ngan dengan hasil tahunan tidak kurang RM100 juta.

“Aspek lain ialah pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai struktur organisasi mantap serta kakitangan berkebolehan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan,” katanya selepas majlis pelancaran Rancangan Kawasan Khas (RKK) Genting Highland di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, semalam.

Fakhruddin berkata, kerajaan negeri komited membantu Majlis Perbandaran Bentong (MPB) melaksanakan pemba­ngunan RKK pembangunan Genting Highlands yang lebih mapan sekali gus menjadi katalis kemajuan di sini.

Beliau berkata, Bentong mempunyai kemudahan infrastruktur yang semakin baik dan lengkap dan utiliti awam mencukupi termasuk taman-taman awam mesra pengguna terutama orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, kajian komprehensif RKK pembangunan Genting Highlands membabitkan bajet RM900,000 bagi mengekalkan ‘auranya’ sebagai destinasi pelancongan tanah tinggi bertaraf dunia.

“Kerajaan negeri menyumbang RM400,000 manakala MPB RM500,000 untuk menjadikan Genting Highlands sebagai zon selamat dengan pengekalan sumber alam se­mula jadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN