KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Musa Mohamad, 81, meninggal dunia, malam ini. Difahamkam, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pukul 7 malam tadi. Berita kematiannya dikongsi oleh Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah menerusi satu hantaran di Facebook, sebentar tadi. “Mendapat khabar duka yang Naib Canselor USM ketiga, Tan Sri Musa Mohamad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. “Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah…











